Tutorial: Tukar Fail VIDEO ke Fail GIF Terus Melalui Aplikasi WhatsApp

WhatsApp merupakan aplikasi permesejan sosial yang paling popular digunakan di kalangan pemilik smartphone. Selain boleh berkongsi gambar, audio, dokumen dan juga video, anda juga sebenarnya boleh menghantar fail GIF terus melalui aplikasi WhatsApp. Berbeza dengan peranti iOS yang telah tersedia dengan fungsi carian fail GIF terus melalui senarai yang ada, pemilik peranti Android buat masa ini hanya boleh menghantar fail GIF yang dihasilkan sendiri sahaja. Oleh itu, kami akan berkongsi tip untuk menghasilkan fail GIF anda sendiri.

 

NOTA!
  • Tip untuk menghasilkan fail GIF ini boleh diguna pakai pada peranti iOS dan juga Android. Tetapi untuk peranti iOS, fail video yang akan digunakan untuk menghasilkan fail GIF ini perlulah berdurasi kurang dari 1 minit. Manakala peranti Android pula tidak berhadapan dengan masalah untuk menggunakan fail video penuh berdurasi lebih dari 1 jam.
  • Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan fail video penuh yang berdurasi panjang kerana ia akan menyukarkan proses suntingan babak atau frame yang diingini.

 

Langkah 1: Buka aplikasi WhatsApp anda dan pilih mana-mana individu atau group yang ingin anda hantar fail GIF. Klik pada ikon klip kertas yang terdapat di ruangan input teks.

Langkah 2: Tetingkap media akan dipaparkan dan anda hanya perlu klik pada menu Gallery.

Langkah 3: Cari folder yang menempatkan video yang ingin ditukarkan ke fail GIF dan anda dapat melihat dua titik di kiri dan kanan kotak yang menandakan bahagian video yang akan diedit.

 

Langkah 4: Laras kedudukan titik pada kotak tersebut ke bahagian babak yang diingini dan apabila saiz yang bersesuaian telah disetkan.

Langkah 5: Dua ikon akan dipaparkan iaitu ikon video dan juga GIF. Klik sahaja pada ikon GIF dan hantar fail tersebut.

Langkah 6: Kini ia akan diterima oleh individu yang telah anda pilih tadi dalam bentuk GIF.

 

You might also like