
Seperti ramai yang sedia maklum, banyak pengangkutan awam disediakan untuk kemudahan kita. Jika ditipu oleh pemandu Uber, apa perlu buat? Kami ingin kongsikan dengan anda bagaimana cara untuk membuat laporan pada Uber dan mendapatkan semula wang tersebut.
Bukan niat ingin menutup periuk nasi pemandu Uber, tetapi sekadar bimbingan untuk pengguna mendapatkan hak mereka semula jika ditipu.
Ceritanya macam ini…
- Permintaan dibuat dari Cheras ke Times Square.
- Hujan turun lebat pada waktu itu, jadi kena tunggu kira-kira 30 minit jika keadaan jalan agak sesak.
- Supaya tidak dikenakan bayaran tambahan RM 5.00 untuk trip seterusnya jika tekan “cancel”, jadi tunggu saja la…
- 15 minit menunggu, pemandu ‘cancel’ pula tanpa sebarang panggilan atau SMS, terpaksa membuat tempahan lain.
- Selepas 5 minit tempahan baru dibuat, pemandu yang sama pula telah menerima permintaan. Kali ini pemandu menelefon bagi memberitahu sampai agak lambat memandangkan tidak familiar tempat.
- Apabila sampai ke destinasi, tambang dicaj dengan jumlah yang agak mahal berbanding dengan jumlah tambang yang dipaparkan pada aplikasi Uber (termasuk diskaun).
- Apabila bertanya, pemandu memberitahu perlu membayar servis pembatalan destinasi yang dilakukan oleh pemandu Uber sebentar tadi.
- Malas nak panjangkan cerita, akhirnya mengalah dan membayar sahaja tambang tersebut.
Okay, Bagaimana Membuat Aduan Kepada Uber?
Selepas turun, Uber akan menghantar resit kepada pengguna melalui emel dan juga aplikasi Uber sendiri. Jadi anda boleh terus membuat aduan dari sana. Pusat sevis Uber akan meminta semua butiran mengenai pemandu, anda juga perlu printscreen yang mengatakan pemandu Uber yang membatalkan tempahan dan bukannya anda!
Butiran yang diperlukan adalah:-
- Nama pemandu
- Jenis kereta
- pendaftaran kereta.
Cara-caranya…
- Apa yang boleh pengguna lakukan kepada pemandu adalah dengan memberi rating yang rendah.
- Pergi ke “Help”, kemudian pilih “I would like a refund”.
- Pilih “I was overcharged on my cash trip”.
- Isikan berapa jumlah sepatutnya anda bayar dan berapa jumlah tambang yang dikenakan oleh pemandu Uber tersebut.
- Jika didapati anda betul, pihak Uber akan mengembalikan wang anda semula dalam bentuk kredit.
- Anda perlu printscreen membuktikan pemandu yang ‘cancel’ perjalanan dan bukannya anda.
- Harga tambang yang perlu bayar (termasuk diskaun).
- Selain mendapatkan kembali jumlah wang, Uber juga telah mengkreditkan wang lain sebagai tanda minta maaf, mungkin~