Nubia Z11 Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan Pada Harga RM1,899! Nubia Z17 Akan Datang!!!

Selain daripada tiga model terbaru yang dilancarkan oleh Nubia semalam, turut sama dibawa masuk ke pasaran Malaysia ialah Nubia Z11 berikutan mendapat permintaan yang tinggi.

Telefon pintar flagship daripada Nubia ini didatangkan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dibantu dengan RAM sebanyak 6GB yang dijual pada harga RM1,899 termasuk GST.

Nubia Z17

Dalam pada masa yang sama, Nubia Malaysia juga mengumumkan bahawa model terbaru Z17 yang hadir dengan set cip Qualcomm Snapdragon 835 dan RAM setinggi 8GB juga akan dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi. Telefon pintar Nubia Z17 ini baru sahaja dilancarkan di China pada 1 Jun yang lepas.

You might also like