ParkEasy

1275
- Iklan -

1. IconMencari ruang kosong parkir kereta memang sesuatu yang sangat menekan perasaan. Pada kebiasaannya, hujung minggu merupakan waktu yang paling tidak digemari untuk keluar membeli belah dan melepak di pusat membeli belah. Kadang-kadang berpusing sehingga sejam lebih semata-mata hanya untuk mencari ruang parkir, namun kini tugas tersebut lebih mudah dengan pengenalan aplikasi ParkEasy.edit 1

Aplikasi ini pada mulanya hanya diperkenalkan buat pengunjung Sunway Pyramid, namun kemas kini terbaru telah memasukkan Midvalley sebagai lokasi sokongan terbaru. Melalui ParkEasy, anda boleh menempah ruang parkir dengan pantas, ia menggunakan sistem padanan pengunjung yang mahu keluar dan masuk ke ruang parkir. Apabila terdapat ruang parkir, anda boleh terus menempah ruang tersebut dan nombor kenderaan anda akan terpampang di papan LED ruang parkir tersebut sebagai tanda anda telah menempah ruang tersebut. Aplikasi ParkEasy juga akan membantu anda mencari ruang yang telah ditempah kerana ia dilengkapi fungsi navigasi.

Muat Turun: