Dwell Life

1579
- Iklan -

1. IconJika anda meminati hiasan reka bentuk dalaman, susun atur perabot moden kontemporari dan lain-lain, anda bolehlah mencuba aplikasi ini yang boleh dijadikan sumber rujukan. Dwell Life adalah majalah popular yang memuatkan kandungan berkenaan kehidupan moden, melalui aplikasi ini, Dwell membawakan kandungan majalah tersebut dan memaparkan idea dan pelbagai rujukan yang disediakan oleh pereka, arkitek dan pelbagai individu lain.edit 1

Jika anda mempunyai kriteria tertentu, anda boleh terus sahaja melakukan carian, contohnya anda ingin mencari idea untuk menghias ruang pejabat, lakukan sahaja carian dengan memasukkan kata kunci, kemudian pelbagai contoh dan idea akan dipaparkan kepada anda. Dwell sememangnya kaya dengan pelbagai rujukan yang disumbang pereka tersohor dan juga ahli komuniti, jadi tunggu apa lagi, sertai ahli-ahli komuniti ini yang mempunyai minat sama dengan anda.

Muat Turun: