
CR7Selfie, Jom Selfie Dengan Cristiano Ronaldo!
Anda peminat Cristiano Ronaldo? Ingin bergambar selfie dengannya? Apa kata muat turun sahaja aplikasi CR7Selfie. Ia sebuah aplikasi khas yang membolehkan anda berselfie dengan bintang bola sepak kegemaran ramai tersebut. Menawarkan sebanyak 68 gaya selfie yang boleh dipadankan dengan wajah anda.
Terdapat juga beberapa fungsi pain untuk penggambaran seperti 12 jenis bingkai gambar, 12 warna serta 12 tekstur unik. Walau bagaimanapun, aplikasi ini tidak ditawarkan secara percuma sebaliknya berbayar. Setiap muat turun aplikasi ini akan dapat membantu badan amal ‘Save The Children’.