
Kami dikhabarkan seawal bulan hadapan, telefon pintar terbaru OPPO F5 akan dilancarkan di Malaysia. Seperti yang diketahui umum, peranti OPPO yang sudah terkenal dengan ciri penggambaran kamera depan sering menampilkan selebriti-selebriti terkenal.

Menariknya, OPPO kali ini telah melantik Dilireba (Dilreba Dilmurat) sebagai duta terbaru untuk produk ini. Dilireba yang menjadi muka hadapan OPPO F5 dipilih hari ini kerana popularitinya dilihat semakin hari semakin meningkat. OPPO juga yakin Dilireba adalah pilihan yang tepat seiring dengan gaya yang ditonjolkan OPPO F5.

Tidak cukup dengan itu, OPPO juga menampilkan dua lagi ikon selfie antaranya ialah Yoga Lin dan Eric Chou. Dua orang penyanyi berbakat dari Taiwan ini diimport untuk membarisi duta ikon sedia ada OPPO iaitu Fattah Amin, Neelofa, Ayda Jebat, dan Min Chen.

Dengan pengenalan duta-duta baru ini, OPPO dijangka akan mengukuhkan lagi pasaran telefon pintar tempatan malah produk ini juga bakal menambat hati para peminat OPPO di Malaysia.

