
MSI baru sahaja melancarkan stor konsep pertama mereka di Malaysia yang terletak di tingkat dua Plaza Low Yat. Sebelum ini jika anda ingin mendapatkan peranti dan perkakasan MSI, anda terpaksa membeli dari pengedar dan melalui stor atas talian, oleh itu MSI berharap dengan kehadiran stor konsep ini akan dapat mendekatkan jurang antara mereka dan pengguna.
Pada penggemar jenama MSI, stor ini akan menampilkan semua perkakasan terbaru dan anda boleh mencuba dan merasai sendiri pengalaman menggunakan perkakasan tersebut sebelum anda membeli. Selain produk MSI, stor ini juga menjual pelbagai produk jenama SteelSeries. Menurut mereka lagi, lebih banyak stor fizikal akan dibuka di sekitar Kuala Lumpur yang menampilkan konsep seperti stor mereka di Taiwan.



