Paparan Mikro LED Pertama Dari LG! – LG MAGNIT Beri Paparan Luar Biasa!!!

Dilancarkan pada minggu ini! LG MAGNIT akan memastikan ketahanan dan kualiti gambar yang luar biasa dengan teknologi paparan Black Coating serta ciri pemasangan blok yang lebih kemas.

Sebagai langkah yang lebih maju dalam teknologi paparan, LED Mikro menampilkan piksel yang berskala mikrometer untuk menghasilkan paparan yang lebih tajam dan berkualiti serta peningkatan kontras dan sudut pandangan yang lebih luas.

Teknologi Black Coating yang terbaru oleh LG yang diaplikasikan di bahagian hadapan paparan untuk ketetapan kontras dan warna sambil melindungi piksel LED kecil dari kelembapan, habuk dan kesan luaran. Teknologi Black Coating juga memudahkan proses membuang kotoran pada paparan tersebut.

Untuk pengguna mewah, LG MAGNIT tersedia dengan saiz paparan 163″ dan resolusi 4K untuk menimati video dengan lebih baik. LG MAGNIT juga didatangkan dengan LG’s webOS.

LG MAGNIT juga menawarkan kelebihan pemasangan dan konfigurasi yang lebih mudah. Menjadikan proses pemasangan lebih cepat tanpa sebarang gangguan dengan teknologi wireless untuk menghubungkan blok paparan antara satu sama yang lain.

LG MAGNIT merupakan solusi yang terbaik untuk pelbagai kegunaan komersial dan tempat awam seperti pusat konvensyen, lobi hotel dan banyak lagi.

You might also like