
Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) dan Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) mengumumkan kerjasama untuk menyediakan lebih banyak pilihan sambungan jalur lebar kepada rakyat Malaysia.

Kerjasama ini merupakan lanjutan dari perkongsian dua pihak untuk melaksanakan projek perintis dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa had kepada 1,100 rumah kediaman dan perniagaan di Melaka pada awal tahun lepas.
Dengan beberapa kerjasama diumumkan baru- baru ini, Digi berpeluang untuk membawa perkhidmatan lajur lebar yang berkualiti kepada lebih 3.5 juta isi rumah di seluruh Malaysia.
Kerjasama ini sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan lagi kerjasama di kalangan pemain industri utama dengan memanfaatkan lagi infrastruktur sedia ada untuk mengoptimumkan pelaburan. Kini, pemain industri utama dapat fokus untuk meningkatkan akses jalur lebar kepada pelanggan.