Pen Sentuh Genius GP-B200, Alternatif Jari Untuk Peranti Anda

1Genius dengan bangganya mengumumkan pelancaran inovasi terbaru mereka, iaitu pen sentuh GP-B200 (iOS) dan GP-B200A (Android). Keseluruhan artikel akan menggunakan nama GP-B200 untuk merujuk kepada kedua-dua model.

GP-B200 adalah direka bagi memberikan rasa yang biasa kita rasai apabila menggunakan pen bebola dan ia meniru sentuhan jari kita pada peranti lantas mengurangkan cap jari yang selalu ditinggalkan pada skrin.

3GP-B200 dilengkapi dengan mata pena khas yang boleh disimpan semula ke dalam badan pen, lantas memberikan jangka hayat jauh lebih baik dari pen sentuh lain yang berada di pasaran. Pen ini juga mesra alam dengan bateri boleh dicas semula yang bermaksud anda tidak lagi perlu membeli dan menukar bateri dengan kerap. 15 minit masa cas pen ini mampu memberikan anda masa penggunaan sehingga 8 jam, jelas menunjukkan keupayaan pen ini yang efisien dan mudah.

4 2

You might also like