
Kami nak belanja permainan Overwatch bernilai USD 59.99 (RM 263.09), ya ini berita betul, jangan terkejut!
Sebenarnya sekarang ini Blizzard Entertainment sedang mengadakan promosi di mana korang boleh dapatkan permainan Overwatch secara percuma dari 18 sehingga 21 November. Kami cuma belanja dan kongsi berita je dengan korang. Hehehe…
Sepanjang promosi istimewa ini anda boleh dapatkan salinan permainan secara percuma, akses kepada kesemua 22 karakter Overwatch, 13 peta permainan serta kesemua mod permainan yang ada di dalam permainan.
Oleh kerana perbezaan zon masa, kita boleh mendapatkan salinan permainan ini pada awal pagi 19 November. Korang boleh layari laman Overwatch untuk mendapatkan informasi lanjut bagaimana mendapatkan permainan ini pada PC, PS4 atau XBOX ONE korang.
~Selamat bermain~



