
Nak kamera power? Pasang je modular Hasselblad True Zoom. Nak speaker kuat? Boleh pasang JBL SoundBoost Speaker. Nak tonton filem dari smartphone? Korang boleh pasang pulak modular Insta-Share Projector.
Itulah konsep yang diterapkan Lenovo dalam smartphone terbaru mereka, Moto Z dan Moto Z Play yang baru sahaja dilancarkan hari ini. Kebolehan modular kedua-dua smartphone ini membuka kemungkinan baru dan potensi yang besar untuk mengubah cara kita menggunakan smartphone ketika ini. Sepanjang berada di majlis pelancaran, kami sememangnya kagum dengan Moto Z dan Moto Z Play.
Moto Z adalah versi premium pada edisi kali ini, ia dilengkapi skrin 5.5 inci Quad HD AMOLED yang menghasilkan paparan yang jelas, menonjol dan cantik. Kuasa pemprosesannya pula bergantung kepada Qualcomm Snapdragon 820 yang dibantu RAM 4GB.
Lenovo juga mengetengahkan fungsi bateri berkapasiti besar pada model kali ini. Amat mengagumkan kerana walaupun dengan ketebalan 5.2mm, Moto Z hadir dengan kapasiti bateri sama hebat dengan pesaing lain (2,400 mAh). Moto Z juga menyokong teknologi cas pantas di mana anda boleh mendapatkan bekalan kuasa untuk 7 jam penggunaan dengan hanya 15 minit cas pantas TurboPower.


Pra-tempah untuk Moto Z dan Moto Z Play akan mula dilancarkan pada 4 November melalui 11street dan Lazada. Lenovo juga menawarkan sesuatu yang istimewa kepada 50 pelanggan pertama yang menempah Moto Z dan Moto Z Play, dengan setiap tempahan akan menerima satu modular JBL SoundBoost Speaker bernilai RM 599 secara percuma.


Spesifikasi Moto Z
| Dimensi | 155.3 mm x 75.3 mm x 5.19 mm |
| Pemproses | Qualcomm Snapdragon 820 |
| Sistem Operasi | Android Marshmallow |
| Paparan | 5.5 inci Quad HD AMOLED |
| RAM | 4GB |
| ROM | 64GB (microSD sehingga 2TB) |
| Kamera | Utama: 13 Megapiksel Hadapan: 5 Megapiksel |
| Bateri | 2600 mAh |
| Warna | Black/Lunar Grey White/Fine Gold |
| Harga | RM 2,699 |
Spesifikasi Moto Z Play
| Dimensi | 156.4 mm x 76.4 mm x 6.99 mm |
| Pemproses | Qualcomm Snapdragon 625 |
| Sistem Operasi | Android 6.0.1 Marshmallow |
| Paparan | 5.5 inci Full HD AMOLED |
| RAM | 3GB |
| ROM | 32GB (microSD sehingga 2TB) |
| Kamera | Utama: 16 Megapiksel Hadapan: 5 Megapiksel |
| Bateri | 3510 mAh |
| Warna | Black/Silver White/Fine Gold |
| Harga | RM 1,799 |
Di samping melancarkan Moto Z dan Moto Z Play, Lenovo juga turut melancarkan barisan modular yang boleh dipadan dan digunakan bersama smartphone ini. Di samping itu, terdapat pelbagai pilihan Style Shells yang boleh dipilih untuk digayakan bersama Moto Z dan Moto Z Play.
| Moto Mods | Harga |
| JBL SoundBoost Speaker | RM 599 |
| Hasselblad True Zoom Camera | RM 1,299 |
| Insta-Share Projector | RM 1,399 |
| Incipio offfGRID Power Pack | RM 1,399 |
| Style Shells | Harga |
| Black Leather | RM 79 |
| Charcoal Ash | RM 79 |
| Silver Oak | RM 79 |
| Washed Oak | RM 79 |
| Crimson Ballistic Nylon | RM 59 |
| Black Herring | RM 59 |


