Bekas CEO Acer Menerajui Divisyen Lenovo

Gianfranco Lanci
Gianfranco Lanci

Proses penstrukturan semula syarikat Lenovo telah menyaksikan sebahagian besar komponen pengurusan telah dirombak dan beberapa individu diangkat untuk menerajui syarikat komputer itu pada masa akan datang.

Salah satu nama yang menarik perhatian adalah bekas CEO Acer, Giafranco Lanci yang telah dipilih untuk mengetuai Lenovo’s PC and Smart Devices Group. Laci telah menyertai Lenovo pada tahun 2012 setelah dipecat dari Acer kerana beliau menentang hala tuju strategi produk yang mahu diambil syarikat tersebut pada ketika itu. Beliau kemudiannya disaman oleh Acer atas tuduhan melanggar terma non compete setelah beliau menyertai Lenovo.

Selain pertukaran profil jawatan tinggi, Lenovo juga mengumumkan divisyen baru di bawah syarikat itu yang dikenali sebagai Lenovo Capital and Incubator Group. Kumpulan ini bertanggung jawab dalam membekalkan servis storan awan kepada peranti mobil. Kesemua perubahan dan pembaharuan berkuat kuasa pada 1 April 2016.

You might also like