
Sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba 2 hari kemudian, PLUS Malaysia akan menutup semua lorong Tambah Nilai mulai hari ini (22 Jan) hingga 3 Februari, bertujuan mengurangkan kesesakan di plaza tol akibat pengguna PLUS beratur menambah nilai.
Penutupan selama 13 hari ini merupakan langkah PLUS dalam memastikan perjalanan balik ke kampung halaman lebih lancar tanpa menghadapi trafik sesak di plaza tol. Terdapat kira-kira 11,000 pusat tambah nilai Touch ‘N Go tersedia di seluruh negara, termasuk 34 stesen minyak terpilih di sepanjang lebuh raya PLUS, 67 Kiosk Layan Diri (Self-Service Kiosk) yang terdapat di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan di plaza-plaza tol yang terpilih.
Jadi jangan lupa menambah nilai Touch ‘N Go dahulu dan pastikan mempunyai baki yang mencukupi. Selamat bercuti semua~

