Fungsi Goals Pada Google Calendar Membantu Pengguna Mencapai Sasaran Berdasarkan Kesesuaian Masa

pic 1Seperti yang kita sedia maklum, aplikasi kalendar seharusnya membantu kita untuk memanfaatkan masa dengan sepenuhnya dan bukan sekadar hanya sebagai sebuah alat untuk menyemak aktiviti seharian. Jadi bersempena ulangtahun Google Calendar yang ke-10, Google telah memperkenalkan satu fungsi baharu iaitu Goals untuk membantu pengguna mencapai sasaran berdasarkan kesesuaian masa. Dengan adanya fungsi terbaru ini, pengguna berupaya meluangkan masa untuk melaksanakan segala perkara yang penting dalam kehidupan seharian, tidak kiralah sama ada ia tugasan harian, sesi senaman, ataupun mengisi masa lapang dengan aktivit kegemaran.

BannerSetelah selesai memilih sasaran pada Goals, aplikasi Google Calendar secara automatik akan menguruskan dan membuat perancangan dengan memilih masa yang bersesuaian untuk pengguna melaksanakan tugasan tersebut. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah menjawab beberapa soalan yang diajukan seperti kekerapan untuk perlaksanaan tugasan tersebut dan masa yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Untuk menggunakan fungsi Goals ini, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Google Calendar melalui Appe App Store ataupun Google Play Store.

You might also like