3 Peranti Nokia Kini Menerima Kemas Kini Android 10

Berita baik! Berita baik! Berita baik! 3 peranti Nokia kini akan menerima kemas kini Android 10 secara berperingkat, antaranya Nokia 6.1 Plus, Nokia 7 Plus dan Nokia 6.1.

https://www.facebook.com/NokiamobileMY/videos/2450896721838765/

Nokia 6.1 Plus adalah antara peranti pertama Android One yang menerima kemaskini ini, susulan 7 Plus dan 6.1 seperti mana perjanjian yang dibuat oleh Nokia bahawa akan menawarkan kemas kini untuk 2 tahun dan tampalan sekuriti untuk 3 tahun.

Kemas kini Android 10 termasuk sokongan mod tema gelap, penambahbaikan antaramuka, lebih memfokuskan pada privasi dan sekuriti, ciri Smart Reply serta Gesture Navigation. Anda boleh semak di tetapan peranti untuk kemas kini Android 10, atau layari laman rasmi Nokia.

 

You might also like