
Meneruskan keterujaan sambutan perayaan krismas dan tahun baru, realme telah berkerjasama dengan Mobile 2 go dengan menempa nama di dalam Malaysian Book of Records dengan membina pokok krismas setinggi 6.35 meter menggunakan kotak peranti pintar realme.

Pokok Krismas ini mengambil masa selama 7 hari dengan menggunakan 1645 kotak peranti pintar realme. Selain itu, pokok ini turut dibina menggunakan bata, bracket holder, iron rod dan banyak lagi.

Kira-kira 20 orang terlibat dalah membina pokok Krismas ini. Ia bakal dipertontonkan kepada khalayak dari semalam sehingga minggu kedua bulan Januari 2020.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Facebook realme Malaysia.
_______________________
Artikel Berkaitan:
- “SUPERDART” – Tanda Dagang Untuk Teknologi Pengecasan Baru realme?
- realme X2 Pro Adalah Smartphone Android Terbaik 2019 – Android Authority
- realme X50 5G Bakal Menampilkan Sokongan Dwi Kamera Selfie & Pengimbas Cap Jari Pada…
- realme Bakal Muncul Dengan Gelang Tangan Pintar Pada Separuh Pertama 2020 – Pesaing Xiaomi…

