realme X50 5G Bakal Menampilkan Sokongan Dwi Kamera Selfie & Pengimbas Cap Jari Pada Sisi?

Kehangatan semakin terasa menjelang pelancaran rasmi realme X50 5G yang ditunggu-tunggu – dijadualkan berlangsung pada 7 Januari 2020 di China. Terbaru, kotak bungkusan model tersebut dikatakan telah bocor – sekaligus mendedahkan beberapa butiran peranti.

Di samping itu, terdapat juga penggoda lain yang mendedahkan bahawa realme X50 5G bakal didatang dengan sokongan dwi kamera selfie. Ia mungkin disertakan dengan gabungan lensa sebesar 32MP + 8MP. Selain itu, realme X50 5G juga dijangka bakal menyertakan sokongan pengimbas cap jari terbina pada sisi – sekaligus menjadikannya yang pertama untuk peranti realme.

Teruja? Sama – sama kita tunggu!

______________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

You might also like