HUAWEI Turut Melancarkan Beberapa Produk Baharu Yang Melengkapi Hidup Anda!!

Selain daripada siri HUAWEI nova 6, mereka juga turut memperkenalkan beberapa produk baharu. Jom tengok!!!

HUAWEI Watch GT2

Jam tangan HUAWEI Watch GT2 ini tampil dengan edisi tahun Baru Cina yang sangat menawan dengan rekaan yang superb. Fungsi masih sama seperti HUAWEI Watch GT2 terdahulu.

HUAWEI Band 4 Pro

Satu lagi jam tangan kesihatan yang tampil dengan versi baharu buat anda tak sabar untuk memilikinya. Jam tangan ini pastinya sangat baik untuk mengesan tahap kesihatan anda khususnya memantau kadar degupan jantung.

HUAWEI FreeBuds 3

Ini satu lagi produk bersempena dengan Tahun Baru Cina!! Cantik jugak warna FreeBuds ni. Tampil dengan warna merah yang sangat menawan.

HUAWEI Enjoy 10S

Ini adalah telefon terharu yang dikenali sebagai HONOR 10S. Reka bentuk menarik dan dihadirkan dengan notch dihadapan yang meletakkan kamera hadapan 16MP. Bagi kamera utama pula adalah 48MP.

 

HUAWEI VR Glass

Cermin Mata realiti maya daripada HUAWEI yang dikenali sebagai HUAWEI VR Glass. Memacu masa hadapan produk yang ini.

Harga Jualan

Berikut adalah harga jualan bagi produk-produk ini.

  • HUAWEI Watch GT2: RMB1588 (kira-kira RM940)
  • HUAWEI Band 4 Pro: RMB399 (kira-kira RM236)
  • HUAWEI FreeBuds 3: RMB1199 (kira-kira RM709)
  • HUAWEI VR Glass: RMB2999 (kira-kira 1775)

 

You might also like