
Menurut Canalys terkini, OPPO tetap menjadi jenama peranti pintar ke-2 terbesar di pasaran Malaysia pada suku ketiga 2019 dengan pegangan 19%, di belakang Samsung yang memegang 32%. Jenama yang berada di belakang OPPO diikuti oleh vivo (16%), Huawei (12%) dan Xiaomi (8%).
Jenama vivo mencatat peningkatan jualan tertinggi sebanyak 30%, diikuti oleh OPPO (22%), Xiaomi (9%) dan Samsung (2%), manakala HUAWEI mencatat penyusutan sebanyak 28%.


