It’s Real! Xiaomi Mi Note 10 Akan Datang Dengan Kamera Luar Biasa!

Masih ingat ketirisan Xiaomi Mi Note 10 yang kami telah laporkan sebelum ini? Berita ini nampak real susulan dari gambar acah yang dikongsikan oleh Xiaomi sendiri di Twitter mereka, memperlihatkan Mi Note 10 bakal dilancarkan.

Bukan sahaja Xiaomi Mi CC9 Pro akan diperkenalkan rasmi pada 5 November bersama sensor kamera sebesar 108MP, bahkan Mi Note 10 juga akan hadir bersama sensor tersebut yang dikenali sebagai Penta Camera.

Walaupun siri Mi Note tidak mengeluarkan peranti baharu sejak Mi Note 2, namun ketibaan Mi Note 10 masih mengejutkan peminatnya untuk mengetahui lebih lanjut lagi. Adakah ia akan diperkenalkan bersama pelancaran Mi CC9 Pro, kita nantikan dalam masa terdekat ini.

Hasil Gambar Xiaomi Mi CC9 Pro Kini Dikongsi – Keupayaan Zoom Dengan ‘Kuasa’ Luar Biasa

 

You might also like