
Wuhuuu! Macam pisang goreng panas! Samsung Galaxy Fold menerima sambutan yang amat menggalakkan dan dikatakan telah habis dipra-tempah dalam tempoh 24 jam sahaja. Ekoran itu, tidak hairanlah peranti ini menjadi bualan hangat warganet sejak awal kemunculan dalam arena peranti pintar. Ramai yang terlepas pre-order kali ni? Chill, Samsung Galaxy Fold kini datang kembali dan ketersediaan bermula 18 Oktober 2019!

Bagi yang berminat, jangan terlepas untuk dapatkan seunit dan ia ditawarkan pada harga RM8,388 sahaja! Tersedia dalam dua warna seperti Cosmos Black dan Space Silver, peranti ini boleh didapati menerusi beberapa platform berbeza termasuk Samsung Experience Stores dan Chain Store Retailers seluruh dunia.

