
Korang mesti suka dengan berita ini apabila bermula dari semalam sehingga 31 Disember ini, pengguna Yoodo boleh menikmati data percuma sebanyak 20GB jika melanggan pelan data asas 10GB dan ke atas. Ia merupakan pelan data asas yang dibeli setiap awal kitaran pelan penguna tersebut.

Hal ini bermaksud, sekiranya anda membeli 10GB data pada harga RM35, anda akan mendapat 30GB data dan begitulah seterusnya. Data maksimum yang boleh dibeli adalah 100GB berharga RM98 dan anda akan mendapat 120GB data sebulan.

Sekiranya anda sudah melanggan pelan Yoodo, anda boleh mengubah pelan anda sebelum kitaran berakhir.
Buat pengetahuan anda, data Add-ons seperti 20GB YouTube, 20GB WhatsApp, 20GB PUBG Mobile, 20GB Netflix, 20GB Facebook dan 20GB Instagram dan lain-lain tidak dikira bagi promosi ini.
Kad sim Yoodo boleh didapati secara percuma dan dihadirkan dengan kredit RM20 bagi pengguna baru. klik Di sini untuk mendaftar.
Bagi mendapat maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Yoodo.
________________________
Artikel Berkaitan:

