Skor DxOMark Mencapai 121 Poin – HUAWEI Mate 30 Pro Duduki Tangga Teratas!

Jeng jeng jeng! DxoMark kini telah pun mendedahkan skor bagi HUAWEI Mate 30 Pro. Memetik perkongsian DxoMark, peranti ini dilihat berjaya meraih markah keseluruhan sebanyak 121 mata – sekaligus menempatkannya di tangga teratas carta.

 

Peranti ini dikatakan tidak mempunyai kelemahan dalam mengambil gambar serta video – di mana berjaya membuka dimensi baru fotografi pada peranti mudah alih. Dengan keputusan ini, ia merupakan raja kamera untuk separuh kedua 2019.

Pada keupayaan kamera statik, HUAWEI Mate 30 Pro mencatatkan skor sebanyak 131 poin, manakala rakaman video pula mendapat skor sebanyak 100 poin. Bagi bahagian kamera swafoto pula, peranti ini berjaya mencapai skor 93 Poin. So, apa pendapat korang mengenai pencapaian ini? Kongsikan dengan kami! Untuk laporan penuh, layari DxOMark.

You might also like