
Gambar Sebenar HUAWEI Mate 30 Pro Terdedah? Serius laa!!!
Sebelum ini, terdedah bahawa HUAWEI Mate 30 Pro dikatakan bakal dihadirkan dengan waterfall display. Menariknya hari ini, gambar yang dikatakan sebenar peranti ini telah terdedah dan memperlihatkan muka hadapan peranti ini.

Desas-desus mengenai imej ini adalah HUAWEI Mate 30 Pro semakin tular di dalam laman Weibo.
Beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini telah terdedah antaranya adalah skrin bersaiz antara 6.6” dan 6.8” dengan resolusi FHD+ bersama panel AMOLED. Sisi peranti dikatakan sangat melengkung dengan sokongan pengimbas cap jari terbina dalam paparan.

Paparan Mate 30 Pro dikatakan menyokong kadar ksegaran sehingga 60Hz dan menyertakan sokongan Face ID 2.0 yang dipertingkatkan – kini lebih cepat dan selamat.

dikuasakan oleh pemproses Kirin 990 dan dibantu memori sehingga 12GB RAM serta storan hingga 512GB. Bateri disertakan adalah sebesar 4,500 mAh dan didoroang oleh sokongan SuperWire 40W dan 27W SuperWireless Charge.
Jadi sama-sama kita nantikan pelancaran peranti ini minggu hadapan!!!
___________________
Artikel Berkaitan:

