
ASUS USB-AC68 adalah antena penerima sambungan WiFi yang disambungkan ke komputer anda menerusi slot USB. Ia dengan serta merta menambah kemampuan komputer anda untuk menerima data dari router WiFi pada kelajuan 1300Mbps (5GHz) dan 600Mbps (2.4GHz).
Reka bentuk antena membolehkan peranti ini mengoptimumkan kelajuan dan liputan penerimaan data dari router. Ia sekaligus memberikan 30% lebih prestasi berbanding sambungan yang anda biasa gunakan pada komputer dan laptop.
Saiznya yang kompak pula memudahkan peranti ini dibawa ke mana-mana, ianya sesuai digunakan mereka yang belajar dan bekerja di dalam bangunan yang besar di mana liputan WiFi kurang baik. Apabila anda menyambungkan ASUS USB-AC68, anda akan menikmati liputan WiFi yang lebih laju dan baik.

