
Android Q Akan Dikenali Sebagai Android 10 – Tampilan Logo Lebih Moden

Google kini mendedahkan bahawa generasi terbaharu sistem operasinya iaitu Android Q bakal dikenali sebagai sebagai Android 10. Google mengubah cara penamaan ini kerana mendapat maklum balas selama bertahun bahawa nama-nama digunakan tidak selalu difahami oleh semua orang dalam komuniti global.

Justeru, sebagai sistem pengedalian global adalah penting bahawa nama-nama digunakan adalah jelas dan relatable untuk semua komuniti global. Perubahan ini juga bantu membuatkan ia lebih mudah untuk semua. Pada masa sama, Google juga telah memperbaharui logo dan warna penjenamaan dengan kemasan rupa lebih moden dan mudah diakses.
[SUMBER]

