Realme 3i Kini Sudah Dilancarkan – Tampil Dengan Helio P60 Dan Kapasiti Bateri 4230mAh

Realme pastinya sebuah jenama peranti pintar yang terkenal khususnya dalam kalangan remaja. Kini Realme telah melancarkan 1 lagi peranti terbaharu yang dikenali sebagai Realme 3i.

Peranti ini pastinya mampu menarik kerana harganya yang mampu milik. Dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dan tampil dengan Corning Gorilla Glass 3.

Menariknya, ia dikuasakan oleh cipset lapan teras 2.0GHz daripada Helio P60 (12nm). Peranti ini turut disertakan dengan 3GB / 4GB RAM manakala bagi storan pula ia dihadirkan dengan 32GB / 64GB. Ia dioperasikan menerusi antaramuka ColorOS 6.0 (Android 9.0 Pie).

Kamera juga tidak mengecewakan bagi kelasnya apabila ia dihadirkan dengan sistem dwi kamera yang mana ia disertakan dengan 13MP (f/1.8) + 2MP (Depth sensor) . Bagi kamera hadapan pula ia disertakan dengan 13MP. Beberapa fungsi kamera yang menarik turut disertakan seperti Chroma Boost dan Super Night Scape.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4230mAh. Peranti ini bakal tersedia dalam 3 varian warna iaitu Diamond Blue, Diamond Red dan Diamond Black.

Seperti yang diketahui harganya adalah mampu milik. Berikut adalah harga jualan bagi peranti ini:

  • 3GB + 32GB – Rs.7,999 (kira – kira RM480)
  • 4GB + 64GB – Rs.9,999 (kira – kira RM600)
You might also like