Melawan Jangkaan Dengan Acer Predator G1 dan Predator 17 X

Perasmian pelancaran Acer Predator G1 dan Predator 17 X
Perasmian pelancaran Acer Predator G1 dan Predator 17 X

Selepas tiga bulan dilancarkan di New York, Acer Malaysia hari ini membawakan secara rasmi Predator G1 dan Predator 17 X yang berkuasa tinggi sambil ditemani pasukan permainan e-sport yang hebat dari tanah air kita, Mineski-X.

Komputer desktop dan laptop yang dibangunkan khas untuk gamer ini menawarkan prestasi permainan yang luar biasa kerana ia dilengkapi dengan perkakasan dan teknologi terkini yang akan membantu gameplay yang lancar dan cantik. Kehebatan komputer ini dibuktikan dengan kedua-duanya diklasifikasikan sebagai VR Ready, yang bermaksud komputer ini menyokong sistem permainan realiti maya yang kita semua sudah sedia maklum memerlukan spesifikasi komputer yang terbaik untuk dimainkan.

Acer Predator G1 Desktop
Diinspirasikan dari reka bentuk perisai, jelas komputer ini tampil garang dan gah, namun apa yang menarik adalah saiznya yang sangat kompak. Bagi pemain tegar, saiz komputer amat penting bagi membolehkan desktop ini dibawa ke pertandingan.

Rekaan menarik Acer Predator G1
Rekaan menarik Acer Predator G1

Walaupun kompak, Predator G1 dilengkapi salah satu kad grafik terbaik dan terhangat di pasaran, NVIDIA GeForce GTX 1080. Kad grafik ini sangat pantas, efisien dan juga menghasilkan bunyi yang minimal. NVIDIA GeForce GTX 1080 juga menawarkan tiga kali ganda prestasi dalam pemprosesan grafik berbanding generasi sebelum ini, lantas memberikan lebih kepuasan dan prestasi kepada pemain.

Acer menawarkan sesuatu yang istimewa kepada mereka yang membeli Predator G1 dalam bentuk set aksesori yang berkualiti tinggi. Sebuah papan kekunci mekanikal dan gaming mouse akan diberikan dalam setiap pembelian desktop tersebut. Untuk menambah lagi keseronokan dan kemudahan anda membawa dekstop ini ke mana-mana, Acer juga memberikan sebuah suitcase khas untuk anda, namun hanya 10 unit sahaja ditawarkan, jadi jangan berlengah untuk mendapatkan Acer Predator G1.

Spesifikasi

Sistem Operasi Windows 10 Home 64 Bit
CPU Intel Core i7-6700
Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1080
Memori 16GB RAM DDR4
Storan SSD : 128GB M.2

HDD :2TB

Sambungan Killer Wireless AC 1535 802.11ac/a/b/g/n

Killer Doubleshot Pro LAN E2400 10/100/1000 mbps

Bluetooth 4.1 LE

Harga RM 10,999
Aksesori Papan kekunci mekanikal, gaming mouse dan G1 Desktop Suitcase (terhad kepada 10 unit sahaja)

 

Aksesori yang ditawarkan bersama Acer Predator G1
Aksesori yang ditawarkan bersama Acer Predator G1
Aksesori yang ditawarkan bersama Acer Predator G1
Aksesori yang ditawarkan bersama Acer Predator G1

Acer Predator 17 X
Komputer riba Predator 17 X tampil mengujakan dan hebat dengan binaan yang maskulin dan elemen bersegi yabng sangat menyerlah. Bukan sahaja hebat dari segi reka bentuk, komputer riba ini juga dilengkapi sistem penyejukan yang terbaru yang menggunakan tiga kipas besi ultra nipis yang dikenali sebagai Aeroblade.

Acer Predator 17 X
Acer Predator 17 X

Kad grafik NVIDIA GeForce GTX 980 memberikan anda kualiti grafik yang tinggi walau di mana sahaja anda menggunkan peranti ini. Selain itu dengan sistem SATA SSD RAID 0, anda boleh meningkatkan kapasiti storan dan menikmati kelajuan peralihan data di dalam komputer sehingga tiga kali ganda lebih laju dari sistem biasa. Jika anda mahukan lebih prestasi, Acer juga melengkapkan beberapa fungsi yang memudahkan anda untuk melakukan proses overcloclk CPU dan GPU dengan mudah.

Spesifikasi

Sistem Operasi Windows 10 Home 64 Bit
CPU Intel Core i7-6820
Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 980
Memori 32GB RAM DDR4 (8GB X 4, boleh dinaik taraf kepada 16GB x 4)
Storan 256GB PCIe Gen3X4 8GB/s

HDD: 1TB

Sambungan Killer Wireless AC 1535 802.11ac/a/b/g/n

Killer Ethernet E2400, Gigabit Ethernet, Wake On LAN Ready

Bluetooth 4.1 LE

Harga RM 12,999
Rakan media beraksi dengan Acer Predator 17 X
Rakan media beraksi dengan Acer Predator 17 X
You might also like