
Jenama PC terkenal, Lenovo telah menjalankan bengkel coding dan robotik dengan kerjasama dengan Budimas Foundation yang merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dan bukan bermotifkan keuntungan yang menyediakan panduan dan dana bagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan di Malaysia.
Seramai 100 orang kanak-kanak berumur di antara 6 hingga 17 tahun menyertai bengkel ini yang bertempat di Budimas Orion Home, Senawang. Bengkel ini di kendalikan oleh pakar teknikal dari Lenovo.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Varinderjit Singh, Setiausaha Jabatan Pengurusan Maklumat, Puan Norizan Harun dan Timbalan Setiausaha Jabatan Pengurusan Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Abd Rahim bin Mohd Raof.

Bersama dengan pusat pendidikan Micro:bit yang menyediakan program mikro komputer yang boleh digunakan bagi pelbagai hasil ciptaan daripada robotik sehingga alat muzik. Bengkel tersebut menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang menyeronokkan bagi kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, Lenovo juga turut menyumbang 10 unit komputer kepada makmal komputer Budimas Foundation Orion Home bagi menyediakan kepada kanak-kanak tersebut peluang untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Berikutan kejayaan bengkel pertama ini,Lenovo bakal melaksanakan 2 lagi bengkel dalam beberapa bulan akan datang di Budimas Foundation Charity Homes bagi lebih ramai kanak-kanak.

