
Computex 2019: Razer Perkenal Razer Blade Studio Edition – Tampil Dengan Kad Grafik NVIDIA Quadro RTX 5000 Paling Berkuasa
Ketika in sedang hanya diperkatakan adalah Computex 2019. Razer turut tidak ketinggalan untuk memperkenalkan 2 komputer riba terbaharunya iaitu Razer Blade 15 Studio Edition dan Razer Blade Pro 17 Studio Edition.
Menariknya, grafik kad komputer riba ini sangat berkuasa iaitu NVIDIA Quadro RTX 5000 yang merupakan cip grafik paling baharu dan berkuasa yang dibangunkan.
Bagi Razer Blade 15 Studio Edition, ia tampil dengan papaparan skrin sentuh 4K OLED dan disertakan dengan ip pemprosesan Intel Core Gen-9 i7-9750H. Dalam pada itu, bagi Razer Blade Pro 17 Studio Edition pula, ia disertakan dengan panel skrin 4K 120Hz dan cip pemprosesan Intel Core Gen-9 i9-9880H.

Masih belum diumumkan lagi harga bagi kedua-dua komputer riba ini namun ia dikhabarkan akan menjengah pasaran pada September tahun ini.

