Samsung Gear Fit2, Gelang Kecergasan Dengan Sensor GPS Pertama Samsung

1Gear-Fit2_SpecificationsSelepas Xiaomi mengumumkan Mi Band 2 yang menerima penambahbaikan, Samsung juga turut mengambil langkah yang sama dengan memperkenalkan Gear Fit2.

Walaupun masih mengekalkan saiz skrin yang sama iaitu 1.5 inci, paparan skrinnya telah digantikan dengan Super AMOLED dan resolusinya juga telah dipertingkatkan sehingga 68%.

3 Peranti yang dioperasikan oleh OS TIZEN ini hadir dengan sebuah sensor GPS yang bergandingan dengan sensor nadi untuk merekodkan aktiviti senaman anda. Malah dengan fungsi ‘Tracking Smarts’, pengguna tidak perlu mengaktifkan Gear Fit2 secara manual untuk merekodkan aktiviti, sebaliknya ia dengan sendirinya akan mengesan perubahan si pemakai termasuklah ketika menggunakan alatan senaman.

4Selain menyokong pengiktirafan IP68 yang tahan lasak, ia menawarkan memori dalaman berkapasiti 4GB dengan RAM 512MB yang boleh menyimpan muzik kegemaran untuk bersenam atau menyambungkan Gear Fit2 ke smartphone menggunakan sambungan Bluetooth. Bateri berkapasiti 400mAh pula boleh beroperasi sehingga 5 hari bergantung pada penggunaan seharian anda.

8Walau bagaimanapun, jika ingin memindahkan data menggunakan smartphone Android, ia hanya menyokong peranti yang dioperasikan oleh Android 4.4 ke atas dan mempunyai RAM sekurang-kurangnya 1.5GB. Peranti ini telah dijual dengan 3 pilihan warna iaitu biru, kelabu dan merah jambu, anda boleh dapatkannya pada harga RM 699.

Gear Fit2 vs Gear Fit_Infographics

https://www.youtube.com/watch?v=SHK5SAHj1ZE

 

You might also like