Nokia 3.4 Kini Rasmi – Hadir Dengan Pemproses Snapdragon 460 & Dijual Pada Harga RM599!!

HMD Global, pengeluar telefon bimbit Nokia, telah merungkaikan Nokia 3.4 pada hari ini yang mana ia hadir dengan hadir dengan cip pemproses berprestasi tinggi Qualcomm Snapdragon 460 Mobile Platform yang terbaharu dan dipadankan dengan RAM 3GB dan storan 32GB.

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.39″ HD+ dan disertakan dengan skrin berlubang.

Kamera belakang peranti ini pula disertakan dengan 13M + 5MP + 2MP manakala bagi kamera hadapan pula ia disertakan dengan 8MP.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 4000mAh.

Harga & Ketersediaan:

  • Nokia 3.4 yang ditawarkan pada harga RM599 hadir dalam warna Charcoal dengan varian memori 3/32GB bakal disediakan mulai 12 Disember 2020 di semua platform e-dagang Nokia, iaitu Macpie, Shopee, dan Lazada. Manakala di outlet runcit, Nokia 3.4 bakal disediakan mulai 16 Disember 2020. Setiap pembelian Nokia 3.4 yang dibuat melalui platform e-dagang Nokia melayakkan pengguna menerima satu botol minuman bertebat ‘No Time To Die’ secara PERCUMA, sementara stok masih ada.  
  • Nokia 3.4 juga akan ditawarkan bersama pakej pelan pascabayar redOne yang berharga RM68 kelak pada tahun ini. Sila layari https://www.redone.com.my/promotion/smartplans untuk maklumat lanjut.

You might also like