
U Mobile meluaskan lagi servis data Internet berkelajuan tinggi mereka, kali ini Kota Belud, Sabah pula menerima servis data 4G LTE Advanced. Wong Heang Tuck selaku CEO U Mobile bersama-sama Senator Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, telah merasmi dan melancarkan servis terbaru tersebut di dalam majlis baru-baru ini.
Diharapkan servis terbaru yang ditawarkan U Mobile tersebut akan memangkin gaya hidup masyarakat di sana, teruatamanya dari segi pengetahuan teknologi.


