
Pokemon Go membuka banyak peluang kepada ramai pihak untuk menawarkan servis berasaskan permainan tersebut. Paling baru adalah Digi menawarkan pakej khas prabayar untuk pemain Pokemon Go yang dikenali sebagai Pok3pack.
Pok3pack Trainer menawarkan pakej data Internet sebanyak 300MB satu hari untuk RM1, manakala Pok3pack Master pula hadir dengan 500MB data Internet pada harga RM 3. Pembelian data eksklusif ini hanya boleh dilakukan melalui Digi Online dan juga aplikasi MyDigi untuk peranti Android dan iOS sahaja.

