
Gambar HONOR 20 Pro Muncul Di Media Sosial – Tampil Dengan Rekaan Skrin Berlubang
Sedia maklum, siri HONOR 20 bakal dilepaskan pada 21 Mei 2019 dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di London. Semakin hampir dengan hari pelancaran, semakin banyak berita perihal pewaris baru HONOR ini berlegar di media sosial.

Terbaru, tersebar imej memperlihatkan rekaan skrin yang bakal dibawa oleh HONOR 20 Pro. Memetik imej dikongsi, HONOR 20 Pro berkemungkinan tampil dengan rekaan skrin berlubang. Disamping itu, imej tersebar turut memperlihatkan HONOR 20 Pro dibina dengan paparan rata dan terdapat sedikit dagu pada bahagian bawah.

Ketirisan maklumat sebelum ini mendedahkan HONOR 20 Pro dijangka tampil dengan persediaan quad kamera + LED Flash pada panel belakang yang kelihatan hampir sama dengan HUAWEI P30 Pro. Kamera utama HONOR 20 Pro dikatakan mungkin menggunakan sensor sony IMX600.
[BACA : Siri HONOR 20 Diramal Hadir Dengan 50X Zoom Hibrid Pada Harga Mampu Milik?! ]
Walau bagaimanapun, untuk ketahui sama ada benar atau tidak, sama-sama kita tunggu kemunculan tuan empunya badan sendiri kelak. Kekal bersama eRing untuk lebih update terkini!
[SUMBER]

