vivo V15 Bakal Hadir Dengan Warna Blossom Pink?!

Kemunculan vivo V15 nyata berjaya menarik perhatian orang ramai yang mengagumi dengan spesifikasi dalaman yang power pada segmen harga mampu milik. Bagi keriangan berganda, vivo bakal memperkenalkan pilihan warna baru iaitu Blossom Pink untuk model tersebut tidak lama lagi.

Difahamkan, kemunculan warna baru ini adalah selari dengan pengenalan vivo V11i versi Fairy Pink sebelum ini yang mana dilihat menerima maklum balas yang amat positif daripada orang ramai.

Mensasarkan kepada mereka yang fanatik dengan warna merah jambu, edisi kali ini dijangka hadir dengan tona warna berbeza di samping menerima sentuhan eksklusif elegan untuk menambat hati ramai terutamanya golongan pengguna wanita.

Walau bagaimanapun, pihak vivo masih berteka teki mengenai harga dan ketersediaan untuk edisi ini.  Adakah anda sudah teruja untuk warna baru ini? Sama-sama nantikan! Maklumat lanjut, layari vivo Malaysia.

You might also like