
Ciri Terbaru Snapchat
Snapchat telah melancarkan satu ciri baru yang membolehkan pengguna mengaplikasikan efek yang sedang menjadi kegemaran ramai pada ketika ini. Pada kemas kini terbaru anda boleh menukar wajah anda dengan wajah rakan-rakan ataupun selebriti dengan menggunakan teknik Face Swap. Selain menukar wajah terus di dalam viewfinder, aplikasi snapchat juga boleh mengakses album gambar anda untuk mencari wajah yang anda ingin lakukan penukaran.
Turut serta bersama fungsi terbaru itu adalah pengumuman bahawa Snapchat menarik perkhidmatan berbayar untuk ulang tayang yang sebelum ini dikenakan cas. Mulai sekarang anda boleh melihat gambar dan menonton semula video tanpa perlu membayar apa-apa yuran, tetapi anda hanya boleh melakukannya sekali sahaja bagi satu-satu gambar atau video.

