HUAWEI Y7 Pro (2019) Kini Di Pasaran Tempatan – Dijual Pada Harga RM649

Selepas pelancaran siri HUAWEI P30, syarikat itu sekali lagi membawa khabar gembira dengan mengumumkan bahawa model terbaru siri Y – HUAWEI Y7 Pro (2019) kini rasmi dan telah tersedia di pasaran tempatan.

HUAWEI Y7 Pro 2019 hadir dengan rekaan takuk kecil pada paparan bersaiz 6.26″ bersama resolusi 1520×720 piksel. Ia dijana oleh cip Snapdragon 450 dan dibantu memori 3GB+32GB ROM (kad MicroSD sehingga 512 GB). Dari segi penggambaran, peranti ini dilengkapi dwi kamera utama 13MP + 2MP dan lensa hadapan 16MP. Melengkapinya, sokongan bateri berkapasiti 4000mAh.

Bagi yang berminat, HUAWEI Y7 Pro 2019 dijual pada tanda harga RM649 dan tersedia dalam pilihan warna menarik iaitu Aurora Blue dan Midnight Black. Ketersediaan bermula 6 April – dapatkannya melalui HUAWEI Experience Stores, pengedar sah dan telco Maxis.

Sekadar makluman, jangan lupa ajak kawan-kawan dan ahli keluarga memeriahkan roadshow besar-besaran HUAWEI bersempena jualan pertama siri HUAWEI P30 di 11 lokasi berbeza pada 6 April ini!

Anda boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai senarai lokasi dengan KLIK PADA PAUTAN INI. Pelbagai ganjaran dan promosi menarik menanti pengunjung! Maklumat lanjut, layari HUAWEI Malaysia.

You might also like