
Sokongan ECG Dalam Kemaskini WatchOS 5.2 Terbaharu Kini Tersedia Di 20 Buah Negara

Apple menyatakan dalam kemasi kini watchOS 5.2 terbaharu bagi Apple Watch Series 4 yang disertakan dengan sokongan ECG bakal di aktifkan di 20 buah negara baharu.
Sokongan ECG pada peranti ini mempunyai ciri unik yang mana ia boleh mengesan anomali pada jantung pengguna dan ia sangat membantu bagi pesakit yang mempunyai masalah jantung.
Antara negara yang tersenarai dalam kemaskini tersebut adalah Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, Greece, Hong Kong, Hungary, Ireland, Itali, Jerman, Luxembourg, Belanda, Norway, Portugal, Romania, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan UK. Walaubagaimanapun, Malaysia tidak tersenarai dalam kemas kini ini.
Sebelum ini, aplikasi ini hanya boleh digunakan di negara Amerika Syarikat sahaja. Dalam pada itu, bagi menggunakan fungsi ECG ini, pelbagai proses kelulusan jabatan kesihatan yang sangat ketat perlu dilalui oleh Apple.
_________________________
Baca juga:
- Apple Special Event 2019 : Apple Perkenal Sejumlah Perkhidmatan Terkini
- Apple Perkenal Koleksi Tali Jam Dalam Pilihan Warna Baru – Tampil Gaya Lebih Trendy…
- Apple AirPods Kini Hadir Dengan Kotak Pengesan Tanpa Wayar – Harga Bermula RM699!
- Apple Perkenalkan Kemaskini iPad mini Dengan Sokongan Apple Pencil – Harga Bermula RM1699

