
Selepas melancarkan phablet dengan sokongan bateri terbesar melalui kemunculan model Shark 1, nampaknya LEAGOO Malaysia telah memperkenalkan satu lagi siri terbarunya untuk pasaran tempatan dengan model T1 secara rasmi.
Dengan menggunakan slogan “Born to be Stylish”, LEAGOO T1 menyokong kamera depan beresolusi 8 Megapiksel dengan fungsi Face Beauty 4.0 yang berupaya membantu anda untuk mendapatkan hasil gambar yang lebih cantik.
Paparan skrin 2.5D Corning Gorilla Glass 4 berukuran 5.0 inci IPS dengan resolusi 720 x 1280 piksel pada LEAGOO T1 telah mendominasi panel depan, manakala ia tampil dengan kerangka unibodi logam yang terasa lebih premium. Tidak cukup dengan itu, telefon pintar dua kad SIM ini juga telah dikuasakan dengan pemproses MediaTek MT6737 Quad Core berkelajuan 1.3GHz dan dioperasikan oleh LEAGOO OS 2.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.
LEAGOO T1 yang berharga RM549 ini akan dijual mulai 5 Ogos 2016 ini dalam tiga warna pilihan iaitu Champagne Gold, Rose Gold dan juga Titanium Grey. T1 juga merupakan sebuah peranti yang berbaloi untuk dimiliki kerana ia menyokong pengimbas cap jari yang sangat pantas iaitu sekitar 0.19 saat sahaja untuk anda mengaksesnya.
LEAGOO Malaysia juga turut mengumumkan perubahan jenama mereka daripada “LEAGOOSmartphone” kepada “LEAGOO Stylish Phone”. Seiring dengan perubahan jenama itu, LEAGOO T1 menjadi titik permulaan yang baru dalam industri ini.

