
Samsung merevolusikan pasaran smartphone suatu ketika dahulu apabila mereka memperkenalkan model bersiri Galaxy Note. Tahun ini Samsung memilih untuk menamakan model terbaru mereka sebagai Galaxy Note7 agar ia lebih selari dengan penamaan peranti Galaxy S7. Melihatkan spesifikasi, ciri dan fungsi yang ditawarkan pada Galaxy Note7, ternyata Samsung amat bijak dengan menawarkan semua fungsi terbaik yang ada pada Samsung Galaxy S7 dan menjalinkannya dengan ciri unik siri Galaxy Note seperti fungsi pen stylus.
Mari lihat beberapa informasi penting tentang Samsung Galaxy Note7.
Paparan
Paparan Super AMOLED sememangnya sudah sinonim dengan peranti Samsung, dan Galaxy Note7 tidak terkecuali. Peranti ini dilengkapi paparan 5.7 inci yang berkualiti tinggi dengan resolusi Quad HD, sekali gus akan memberikan anda paparan imej yang berdefinisi tinggi, tajam dan vibrant.
Lengkungan Simetri
Reka bentuk melengkung yang lebih minimal berbanding Sasmung Galaxy S7 Edge menawarkan permukaan skrin yang lebih selesa dan luas untuk anda menggunakan pen stylus. Panel belakang juga mengekalkan ciri lengkungan bagi membolehkan anda memegang peranti dengan lebih selesa.
Ketahanan Air IP68
Salah satu fungsi yang juga masih dikekalkan Samsung, membolehkan Galaxy Note7 digunakan ketika hujan dan juga semasa melakukan aktiviti air. Bukan sahaja peranti itu sendiri berkelas IP68 malah pen stylus juga dikelaskan sebagai tahan air, anda boleh menggunakan Galaxy Note7 dan stylusnya ketika berada di dalam air, menarik kan!
Kamera
Samsung Galaxy Note7 masih menggunakan unit kamera yang sama digunakan untuk siri model Galaxy S7. Walaupun tiada sebarang perubahan atau tambah baik dilakukan pada model terbaru, teknologi kamera tersebut masih lagi terbaik di kalangan smartphone yang ada pada ketika ini.
Rakaman Video 4K
https://www.youtube.com/watch?v=6wYIaIJDgXU&feature=youtu.be
Pengimbas mata
Keselamatan data dan peranti nampaknya sangat dititik beratkan Samsung pada model ini, bukan sahaja ia dilengkapi pengesan cap jari dan sistem Secure Folder, malah Galaxy Note7 juga dilengkapi pengimbas mata yang akan membuka peranti secara automatik apabila mata anda bertentangan dengan kamera hadapan.
Samsung Galaxy Note7 akan dijual di pasaran Malaysia bermula 19 Ogos 2016 pada harga RM 3,199, hadir dalam variasi Gold Platinum, Silver Titanium dan Black Onyx.
Untuk menjadi orang pertama yang memiliki peranti ini, anda boleh melakukan pra-tempah bermula 8 Ogos sehingga 10 Ogos di mana terdapat 4,000 unit dibuka untuk tempahan atas talian.


