Ketirisan Kemas Kini Android 7.0 Nougat Versi Beta Untuk Huawei P9

1. BannerPenerimaan kemas kini terbaru platform Android pada peranti Nexus bukanlah sesuatu yang asing kerana seperti yang kita ketahui, ia merupakan model yang diperkenalkan oleh Google sendiri. Tetapi nampaknya ketirisan kemas kini platform terbaru Android ini juga nampaknya sudah boleh dicuba, apabila ada di antara jenama telefon pintar yang menerima kemas kini tersebut dalam versi beta.

1

Baru-baru ini, pembangun dari forum Android paling popular iaitu XDA telah berjaya mendapatkan fail kemas kini OTA (Over The Air) yang dipercayai versi beta untuk Android 7.0 Nougat. Kemas kini itu dikatakan telah diperolehi melalui ketirisan daripada sumber yang tidak didedahkan.

Lebih menariknya, pemilik peranti Huawei P9 nampaknya sudah boleh mencuba kemas kini terbaru itu melalui perkongsian pautan fail OTA Android 7.0 Nougat yang tampil dengan versi EMUI-EVA-C900B040SP11-log. Penggunaan nama “EVA” ini jelas sekali merujuk kepada model Huawei P9. Selain pautan untuk memuat turun fail OTA, pembangun XDA itu juga turut berkongsi himpunan screenshot Huawei P9 yang dioperasikan oleh Android 7.0 Nougat dan juga klip video demonstrasi.

Muat turun fail OTA Android 7.0 Nougat versi Beta di sini

You might also like