MSI Lancar Komputer Riba Siri RTX20 di Shopee, Harga Bermula Dari RM6299

 


Bagi peminat permainan video pasti mengenali MSI. Pada CES2019 di Las Vegas, mereka telah mengumumkan bahawa mereka merupakan jenama pertama yang menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX.

Siri RTX20 merupakan kad grafik terbaharu bagi peminat tegar permainan video dengan prestasi yang terbaik pada komputer riba.

Terdapat 2 siri komputer riba yang disertakan dengan kad grafik ini iaitu MSI GL63 8SE-098MY yang berharga RM6299 dan MSI GE75 Raider 8SF yang dijual pada harga RM9599.


Justeru, Shopee telah menerima hak pelancaran eksklusif di Malaysia. Pra tempahan bermula dari 29 Januari pada jam 10 malam. Pengguna Shopee akan mendapat patung naga edisi terhad secara percuma berserta rebat sehingga RM200 ketika mereka membeli dari kedai rasmi MSI di Shopee.

Berikut merupakan Rebat Shopee Coin:

Nilai pembelian

Nilai Rebat

RM1899 dan ke atas

Mendapat 5000 Shopee coins(bersamaan RM50)

RM3899 dan ke atas

Mendapat10000 Shopee coins (bersamaan RM100)

RM4899 dan keatas

Mendapat 20000 Shopee coins (bersamaan RM200)

 

Baca juga: 

You might also like