Untung Besar Kerana Pokemon Go

1Nintendo pada hujung minggu lalu telah mencatatkan rekod yang sangat besar, nilai syarikat tersebut meningkat dua kali ganda semenjak permainan Pokemon Go diperkenalkan. Nilai terbaru itu meletakkan nilai Nintendo (4.36 trilion Yen) lebih tinggi dari Sony (300 bilion Yen).

Kegilaan terhadap Pokemon juga memberi kesan kepada perniagaan lain yang terlibat secara tidak langsung dengan permainan tersebut. Walaupun Pokemon Go masih belum dilancarkan di Jepun, Pokemon Go sememangnya mempunyai impak yang sangat besar di negara tersebut. Francais McDonald di Jepun mencatatkan jualan yang luar biasa dengan pelanggan berpusu-pusu mendapatkan patung permainan Pokemon.

Begitu besar sekali impak Pokemon Go, rasanya ini waktu yang paling sesuai jika ada sesiapa hendak menjual aksesori dan cenderahati Pokemon.

 

 

You might also like