Kamera HUAWEI P30 Pro Dilengkapi Sokongan Zoom Optikal Sehingga 10 Kali?

Sebelum ini kami pernah berkongsi satu artikel mengenai ketirisan imej memaparkan rekaan sarung pelindung HUAWEI P30 Pro yang dijangka mempunyai 4 kamera utama di belakang.

Kini, terdapat pula info ketirisan mengenai fungsi empat kamera tersebut. Melalui maklumat yang diterima, hanya 3 kamera pada P30 Pro yang boleh digunakan untuk mengambil gambar. Manakala, satu lagi adalah kamera ToF – digunakan untuk pengimbasan wajah 3D.

Lebih menariknya lagi, ketirisan tersebut turut mendedahkan bahawa salah satu daripada sensor pada P30 Pro adalah lensa telefoto yang dilengkapi dengan sokongan zoom optikal sehingga 10 kali!

Pun begitu, maklumat tertiris ini masih tidak lagi diketahui mengenai kesahihannya. Apa-apapun, sama-sama kita pelancaran rasmi kelak yang dijangka akan didakan pada bulan Mac depan!

[SUMBER]

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

You might also like