Sony Membawa Masuk WH-1000XM3 Untuk Pasaran Malaysia – Ditawarkan Pada Harga RM1,599

Selebriti Awal Ashaari turut menyerikan pelancaran Sony WH-1000XM3 di Malaysia.

Sony Malaysia hari ini telah memperkenalkan fon kepala tanpa wayar terbaharu mereka untuk pasaran tempatan iaitu WH-1000XM3 dengan tawaran harga RM1,599. Majlis pelancaran ini telah diserikan oleh beberapa artis dan selebriti terkenal seperti Awal Ashaari, Jorise Lee, Jane Chuck, Ashley, Daphne Charice, Han Pin dan ramai lagi.

Sony WH-1000XM3 dilancarkan sebagai tambahan produk terbaru dalam siri 1000X siri tanpa wayar dengan beberapa penaiktarafan pada rekaan dan fungsi. Lebih menarik, ia menawarkan reka bentuk yang lebih langsing dan ringan selain kemas kini pada rekaan pad telinga serta kepala yang lebih tebal.

Sokong pemproses HD Noise Cancelling Processor QN1

Bukan itu shaja, fon telinga ini juga boleh dicas menggunakan kabel USB Type-C dan bateri yang digunakan mampu memberikan tempoh penggunaan sehingga 30 jam dengan sistem pembatalan hingar diaktifkan. Pemproses HD Noise Cancelling Processor QN1 yang terkini menjanjikan pembatalan hingar yang lebih baik berbanding model terdahulu.

Kepada yang berminat, anda boleh dapatkan Sony WH-1000XM3 di Kedai Sony serta pengedar sah Sony di seluruh Malaysia. Untuk spesifikasi lain boleh layari laman rasmi Sony WH-1000XM3.

You might also like