
Cashfree memperkenalkan ‘Global Payouts’ kepada Perniagaan Antarabangsa untuk Mengirim Pembayaran Secara Langsung ke Akaun Bank di India
![]() |
– Membolehkan perniagaan antarabangsa membayar kepada penjual, penyedia perkhidmatan atau pekerja bebas di India secara langsung ke dalam akaun bank tempatan di India
– Perniagaan antarabangsa boleh menghantar wang dalam mata wang pilihan mereka merangkumi USD, EUR, GBP dan JPY
– Sementara kaedah rentas sempadan tradisional seperti pindahan kawat dan pembayaran dompet mengambil masa selama dua hingga tiga hari untuk pemindahan dana, tetapi Cashfree membolehkan pemindahan dana secara segera iaitu 24 jam sehari.
BANGALORE, India, 17 Disember 2020 /PRNewswire/ — Syarikat teknologi pembayaran dan perbankan, Cashfree, telah melancarkan penyelesaian Global Payouts untuk pembayaran rentas sempadan segera yang dapat dimanfaatkan oleh perniagaan antarabangsa untuk membayar penjual, penyedia perkhidmatan atau pekerja bebas di India. Penyelesaian ini membolehkan perniagaan membuat pemindahan segera ke akaun bank tempatan penerima dalam Rupee India (INR) berbanding transaksi biasa yang mengambil masa dua hingga tiga hari melalui kaedah pemindahan wang rentas sempadan tradisional seperti pemindahan kawat dan pemindahan dompet ke dompet.
Pelancaran Global Payouts membolehkan Cashfree untuk menawarkan pemindahan wang rentas sempadan ke India dengan segera, mudah dan menjimatkan kos kepada perniagaan seperti teknologi kewangan (fintech), pasaran e-dagang, platform logistik, platform kakitangan jarak jauh dan lain-lain yang berpusat di luar India. Perniagaan antarabangsa boleh menggunakan penyelesaian Cashfree tanpa perlu mempunyai perniagaan di India. Penyelesaian ini membantu perniagaan untuk mengirim pembayaran dalam 17 pilihan mata wang, bahkan turut membantu rakan penerima dan penjual memperoleh sijil bagi pemfailan peraturan.
Akash Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Cashfree, berkata, “Oleh sebab India merupakan pasaran kedua terbesar untuk perdagangan rentas sempadan, kami menyedari wujudnya keperluan untuk membuat pembayaran rentas sempadan ke India dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos. Melalui Global Payouts, Cashfree memudahkan perniagaan antarabangsa untuk mengautomatikkan pembayaran rentas sempadan yang lancar ke India. Kami telah melakukan rintis kepada kemudahan ini dengan sekumpulan pengguna global kami dan teruja untuk menjadikan kemudahan ini tersedia kepada semua perniagaan yang ingin membuat pembayaran ke India.”
Cashfree telah bekerjasama dengan perniagaan global merangkumi Shell, Tencent dan HDFC Ergo melalui penyelesaian pungutan dan pembayaran untuk membuat pembayaran kepada operasi mereka di India. Pada fasa pertama Global Payouts, Cashfree mensasarkan kepada perniagaan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Pasifik dan Afrika.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Elita Sequeira | +91-9740648708 | elita@cashfree.com

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology
Source: PRNEWSWIRE

