
Realme, jenama telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia telah memecah rekod! Realme 2 Pro, sebuah telefon pintar kelas atasan kini dinobatkan sebagai ‘Juara Telefon Pintar’ di Shopee Men’s Festival yang telah berlangsung hari ini. Pencapaian ini meneruskan kejayaan cemerlangnya yang menyaksikan rakyat Malaysia membeli 2,500 unit Realme 2 Pro yang inovatif dalam hanya 3 jam, selain turut menduduki tempat ‘Jenama Paling Popular’ dalam kalangan semua jenama menyertai Shopee 11.11 Big Sale.
Muncul sebagai ‘Produk Paling Laris’ di Shopee 11.11 Big Sale, Realme turut menerima ulasan positif daripada pengguna di Shopee dengan markah penilaian setinggi 4.9, kebanyakan pengguna memberi komen positif mengenai kapasiti 8GB RAM serta pemproses Snapdragon 660 AIE berprestasi tinggi. Walaupun Realme 2 Pro hadir dengan spesifikasi premium, ia telah sebuah telefon pintar yang paling mampu dimiliki dalam kelas seumpamanya.
Sejak dilancarkan buat julung kali di Malaysia, daya tarikan Realme ditonjolkan dalam tempoh begitu singkat melalui gabungan prestasi, harga berpatutan, serta rekaan menakjubkan yang bukan sahaja inovatif tetapi juga digemari generasi muda. Pencapaian ini sememangnya sesuatu yang mengagumkan, lebih-lebih lagi untuk satu jenama yang baru memasuki pasaran tempatan.
Jualan Realme 2 Pro di Shopee yang seterusnya bakal berlangsung pada 21 November 2018, pukul 9 pagi, dengan tawaran harga promosi seperti berikut:
- 4GB RAM + 64GB ROM – RM799 (Harga runcit: RM849)
- 6GB RAM + 64GB ROM – RM899 (Harga runcit: RM949)
- 8GB RAM + 128GB ROM – RM999 (Harga runcit: RM1,099)
Untuk maklumat lanjut mengenai Realme 2 Pro di Shopee, ada boleh layari laman rasmi Shopee Realme.
Baca juga:
- Pecah Rekod: Realme 2 Pro Terjual Sebanyak 2,500 Unit Dalam Hanya 3 Jam Pada Acara ‘Shopee 11.11 Big Sale’
- Perbandingan Spesifikasi : Realme 2, Realme 2 Pro & Realme C1
- Ulasan: 6 Keunggulan Utama Pada Realme 2 Pro Yang Perlu Anda Tahu
- Shopee Terima Hak Eksklusif Untuk Realme 2 Pro Sempena ‘Shopee 11.11 Big Sale’
- [Zon Perbandingan] Realme 2 Pro, Huawei Nova 3i, Samsung Galaxy A8 (2018) & Xiaomi Mi A2

